Monday 26 December 2011

TANDATANGAN OPSYEN PERSARAAN 60 TAHUN

Semua Ahli KGKSKB sila hadir untuk menandatangani Opsyen di atas mulai hari ini bersamaan                   27 Dis 2011 hingga 30 Dis 2011.

Terima Kasih.

Monday 19 December 2011

Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan

Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan
Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.
“Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik.
“Kenaikan gaji 1 Januari boleh dianjakkan satu dua bulan lagi, katakan Mac, kita bayar tunggakan gaji, tiada masalah,” kata Omar pada sidang media sempena perhimpunan bantahan dan taklimat SBPA di Pusat Konvensyen CIDB di sini petang ini.
Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pertemuan pada Khamis ini.
“Soal penangguhan itu bagi kami, itu perkara kedua dan ketiga, tetapi kami mahukan hak perundingan, mahu hak perundingan dikembalikan, sistem gaji ini dikaji semula, berunding dengan kami,” kata beliau sambil menegaskan urusan opsyen SBPA perlu ditangguhkan.
“Kami meminta ahli-ahli kami tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai,” kata beliau sambil menambah sekitar 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam mendapat perlindungan menerusi perjuangan Cuepacs.
Bagaimanapun Cuepacs tiada maklumat berapa ramai yang sudah menandatangani opsyen SBPA setakat ini.
“Kami tiada statistik buat masa sekarang,” kata beliau yang turut menambah, pihaknya belum memaklumkan pendirian  penangguhan pelaksanaan urusan opsyen kepada JPA lagi.
Cuepacs membuat pendirian itu pada mesyuarat majlis kongres di Perlis Khamis lalu.
JPA membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia akan ditutup pada 30 Disember.
“Tempoh 15 hari tidak cukup, kami mahu ia dilanjutkan,” kata Omar sambil menambah, pemimpin-pemimpin Cuepacs sendiri tidak jelas tentang kandungan SBPA.
“Kalau kami sendiri tidak jelas, bagaimana hendak dijelaskan kepada ahli-ahli kami.
“Kalau kami diberikan maklumat, kami sendiri boleh lakukan jelajah taklimat tanpa JPA, kami boleh buat, kami boleh tolong. Tetapi ini tidak berlaku, tetapi kami tidak dibawa bersama dalam taklimat mereka,” katanya lagi.
Sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs menghadiri perhimpunan hari ini.
Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.
Beliau mengakui ada kakitangan awam diugut supaya menerima SBPA dan dikatakan tidak boleh masuk pejabat jika enggan menerima SBPA.
Apabila diberitahu bahawa ada kakitangan yang sudah dimaklumkan mengenai tangga gaji, Omar berkata:
“Kami tidak diberikan buku sifir gaji sepenuhnya. Masa kami tanya pada taklimat JPA (bulan lalu) dikatakan rahsia, tetapi sekarang tidak dikeluarkan.
“Memang ada kakitangan diberitahu, tetapi kebanyakan tidak tahu. Ada juga agensi yang tidak ada kesatuan.”
Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.
SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia. Pekeliling rasmi mengenainya dikeluarkan pada 7 Disember lalu.
“Ini kali pertama dalam sejarah, saya sudah berkhidmata selama... ini kali pertama dilaksanakan tanpa hak perundingan, tiada maklumat terperinci,” katanya lagi.
Mengulas mengenai pendirian kekesalan mereka, Omar berkata, pihaknya hairan kerana kerajaan mengetepikan peranan Cuepacs dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Kami amat kesal mengapa ia berlaku sekarang, apabila hendak melaksanakan SBPA. Dulu ketika hendak melaksanakan opsyen berkaitan berpindah dari skim KWSP kepada skim pencen, Cuepacs diajak berunding.
“Begitu juga ketika memansuhkan sistem penilaian PTK dan digantikan dengan Prospek, kami diajak berbincang tetapi sekarang tidak, maklumat disembunyikan, tidak diajak berbincang dan dikatakan sulit. Kami amat kesal,” katanya lagi.
Kata Omar lagi, Cuepacs merasakan tidak wujud ketelusan dalam pelaksanaan SBPA.
Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.
Ada yang mendakwa menerima perubahan gaji bawah peratusan itu.
“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” katanya.



Friday 16 December 2011

UNTUK CETAK OPSYEN SBPA

Klik Link di bawah untuk mencetak opsyen. Gunakan ID dan Password yang sama semasa Login HRMIS. Kebanyakan masih menggunakan nombor Mykad.


OPSYEN LALUAN 1


Thursday 15 December 2011

CUEPACS MAHU TEMUI NAJIB ISNIN INI BERHUBUNG OPSYEN SBPA

16 Disember 2011

 KANGAR, 15 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi membincangkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu susulan keputusan mesyuarat khas Cuepacs yang sebulat suara membantah opsyen dalam SBPA, yang disifatkan tidak begitu adil.

Cuepacs berharap 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen itu sebelum beberapa perkara berbangkit dalam pelaksanaan SBPA dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Omar ditemui selepas berakhirnya mesyuarat khas dua hari Cuepacs yang disertai 125 perwakilan dari seluruh negara.

Antara perkara yang akan dibangkit ialah pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini, memandangkan perkara itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tanpa berbincang dengan Cuepacs, katanya.

Katanya Cuepacs berkeyakinan segala perkara berbangkit dapat diselesaikan menerusi pertemuan itu memandangkan Perdana Menteri prihatin dengan kebajikan penjawat awam.

Beliau juga menyifatkan tempoh dua minggu bermula hari ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk membuat pilihan sebagai terlalu pendek dan kurang adil.

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN


 

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.
“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.
Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.
Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”
“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.
“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.
Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.
Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.



Sunday 11 December 2011

SBPA: TUNGGU KONGRES CUEPACS

SBPA: CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres

11/12/2011 6:48pm

KOTA BAHARU 11 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.
"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS, di sini hari ini. - Bernama

Friday 9 December 2011

SIFIR GAJI GURU SBPA & PT

 
















 



Maklumat Sifir  Gaji SBPA 2012 Untuk Gred N :-
N11 -(RM) 850 – 930 – 1010 – 1090 – 1170 – 1250 – 1330 – 1410 – 1490 – 1570 – 1650 – 1730 – 1810 – 1890 – 1970 – 2050 – 2130 – 2210 – 2290 – 2370 – 2450

N17  -(RM) 955 – 1050 – 1145 – 1240 – 1335 – 1430 – 1525 – 1620 – 1715 – 1810 – 1905 – 2000 – 2095 – 2190 – 2285 -  2380 – 2475 – 2570 – 2665 – 2760 – 2855

N22 - (RM) -1920 – 2035 – 2150 – 2265 – 2380 – 2495 – 2610 – 2725 – 2840 – 2955 – 3070 – 3185 – 3300 – 3415 – 3530

N27(RM) 1410 – 1555  -1700 – 1845 – 1990 – 2135 – 2280 – 2425 – 2570 – 2715 – 2860 – 3005 – 3150 – 3295 – 3440 – 3585 – 3730 – 3875 – 4020 – 4165

N36 - (RM) 3035 – 3215 – 3395 – 3575 – 3755 – 3935 – 4115 – 4295 – 4475 – 4655 – 4835 – 5015 – 5195 – 5375 – 5555

N41 - (RM) 1925 – 2155 – 2385 – 2615 – 2845 – 3075 – 3305 – 3535 – 3765 – 3995  -4225 – 4455 – 4685 – 4915 – 5145 – 5375 – 5605 – 5835 – 6065 – 6295

N44 – (RM) 2985 – 3235 – 3485 – 3735 – 3985 – 4235 – 4485 – 4735 – 4985 – 5235 – 5485 – 5735 – 5985 – 6235 – 6485 – 6735 – 6985 – 7235

N48  – (RM) 4390 – 4660 – 4930 – 5200 – 5470 – 5740 – 6010 – 6280 – 6550 – 6820 – 7090 – 7360 – 7630 – 7900 – 8170 – 8440 – 8710

N52 – (RM) 5260 – 5550 – 5840 – 6130 – 6420 – 6710 – 7000 – 7290 – 7580 – 7870 – 8160 – 8450 – 8740 – 9030 – 9320 – 9610

N54 – (RM) 7025 – 7345 – 7665 – 7985 – 8305 – 8625 – 8945 – 9265 – 9585 – 9905 – 10225 – 10545 – 10865 – 11185 – 11505




Wednesday 7 December 2011

MAKLUMAT RINGKAS SBPA

1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.

2. bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA

3. tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)

4. kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.

5. perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.

6. exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar  dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)

7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.

8. pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima

9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58

itu je yang aku dapat kongsikan. Soal buruk dan baik SBPA, cara bagaimana pelaksanaan aku tak tahu, elok merujuk kepada JPA untuk maklumat lanjut. Kalau ada sebarang salah maklumat diatas aku minta maaf dan harap dibetulkan.

Monday 5 December 2011

‘Exit Policy’

Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang

December 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.
SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.
“Mengikut maklumat yang diterima, kami difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan,” kata sumber itu.
Katanya, jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri.
“Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan,” katanya lagi.
Difahamkan kepimpinan kesatuan sekerja telah membantah pendekatan tersebut kepada JPA semasa satu taklimat baru-baru ini.
“Bagaimanapun JPA menenangkan dengan penjelasan bahawa anda semua kakitangan yang baik, tidak perlu risau dengan sistem ini,” katanya lagi.
JPA, difahamkan, ada memberi angka mengenai jumlah kakitangan yang berada dalam paras markah itu dan mahu menggunakan sistem baru ini untuk mewujudkan kakitangan berprestasi tinggi dan mengeluarkan mereka yang dikategorikan bermasalah.
“Oleh itu, mana-mana kakitangan yang menunjukkan prestasi baik akan menerima kenaikan gaji lapan hingga 15 peratus, tambahan kepada kenaikan tahunan biasa di bawah sistem gaji satu lapis... ini insentif tambahan,” kata sumber itu lagi.
JPA telah memberi taklimat mengenai pelaksanaan SBPA kepada jabatan-jabatan dan wakil kesatuan sekerja akhir bulan lalu.
The Malaysian Insider juga difahamkan JPA akan menyampaikan satu lagi sesi taklimat kepada jabatan-jabatan kerajaan hari ini dan seterusnya akan mengeluarkan pekeliling berkaitan.
Pelaksanaan dasar ‘exit policy’ kerajaan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di mana beliau memperkenalkan SBPA bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Di bawah SBPA, JPA telah menggredkan semula jawatan-jawatan awam dengan menggunakan nama Premier, JUSA, Pengurusan Tinggi,    Pengurusan dan Profesional, dan Pelaksana.
Ia juga melibatkan pembatalan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), yang akan berkuat kuasa seiring dengan SBPA mulai Januari ini.
Mac lalu, Najib berkata, satu kaedah ‘exit policy’ akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk kumpulan pengurusan tertinggi.
“Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem ‘pool’ yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.
“Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka,” katanya.

1.4 JUTA NIKMATI FAEDAH

TEMERLOH 3 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal menikmati pelbagai faedah dan insentif menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman) berkata, skim baharu itu akan menyaksikan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
Menurutnya, berbanding Skim Saraan Malaysia (SSM), penjawat awam yang dilantik selepas 1991 diwajibkan berkhidmat sehingga berusia 58 tahun, tetapi dalam SBPA pula syarat itu dimansuhkan yang mana semua penjawat awam boleh membuat pencen pilihan masing-masing.
"Sebelum ini kakitangan awam yang mula berkhidmat sebelum 1991 sahaja diberi kelonggaran memilih untuk bersara sama ada pada usia 56 atau 58 tahun, manakala perkhidmatan selepas 1991 diwajibkan berkhidmat dan bersara pada usia 58 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Pahang Bersama CUEPACS di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh di sini, hari ini.
Omar memberitahu, prospek perjawatan turut membuka ruang kepada penjawat awam untuk kenaikan pangkat tanpa menunggu kekosongan jawatan.
Menurutnya, mereka perlu memenuhi beberapa kriteria seperti prestasi kerja efisien dan aktif dalam tugas yang diamanahkan.
Katanya, selain menikmati gaji baharu, cara bekerja turut berubah dan perubahan itu selari dengan kehendak semasa sebagai pelaksana dasar kerajaan.
"Penyelarasan baharu ini membuktikan kerajaan prihatin terhadap kebajikan penjawat awam sekali gus satu transformasi perkhidmatan awam di negara ini," katanya.

Friday 2 December 2011

OPSYEN SBPA

SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM

Makluman untuk Semua Ahli.

 1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.


Tarikh Berita/News Date:
29/11/2011




DI BAWAH INI DAPATAN DARI BLOG-BLOG KENGKAWAN YANG DICANTUMKAN UNTUK MENCERITAKAN PADA PANDANGAN MEREKA MENGENAI GAJI BARU. BOLEH BACA TAPI JANGAN PERCAYA 100%. ADA JUGA YANG HAMPIR-HAMPIR BETUL. MUKTAMADNYA, TUNGGULAH SIARAN RASMI SBPA YANG AKAN DIKELUARKAN TAK BEBERAPA HARI LAGI.
 

KONSPIRASI SBPA #2 : GAJI CIKGU DG 41 DALAM SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Atas permintaan dari rakan taulan...so aku 'reveal'kan la ramalan aku pasai gaji dalam SBPA untuk DG 41 pulak..tapi sebelum tu, sukacitalah hamba 'explain'kan akan asas kepada ramalan hamba itu...Dengan hanya berpandukan kepada keterangan oleh PM dalam Bajet 2012 sepenuhnya (walaupun maklumat yang PM bentang dalam bajet tu tersangat samar-samar dan tidak cukup maklumatnya), maka aku pun buat la pengiraan guna kaedah Janjang  Arithmetik..aku guna formula [Tn = a + (n-1) d ] ja..


Ok..mula-mula keluarkan dulu maklumat dalam bajet tu..

1. Gaji Maksimum DG 48 = RM 8710.00
2. Kenaikan Gaji = 7 - 13 %
3. Sistem Gaji Sebaris.
4. Mata Gaji akan dipanjangkan.
5. Kenaikan tahunan RM 80 - RM 360

Lepas tu cuba analisa gaji DG 48 dalam SSM pulak...

1. Gaji DG 48 P1T1 = RM 4355.00
2. Ada 2 tangga gaji iaitu  P1 dan P2
3. Kenaikan Tahunan maksimum gred pada T8
4. Kenaikan Tahunan antara P1T1 dan P1T2= RM 203.16


Berpandukan data tu, so kita akan dapat..
1. Gaji permulaan bagi DG 48 pada mata gaji T1 = RM 4355.00 + (7% x RM 4355.00) = RM 4659.85
(aku gunakan 7% sebab biasanya kenaikan gaji untuk kumpulan P&P adalah sikit berbanding kumpulan sokongan. )
2. Mata gaji maksimum akan berada pada tangga T16 kerana ketika dalam SSM kenaikan tahunan gaji maksimum DG 48 hanyalah sehingga T8 saja tetapi terdapat 16 mata gaji kerana mempunyai  2 tangga gaji...Maksudnya dalam SBPA, mata gaji DG 48 T16 = RM 8710.00

Ok sekarang berdasarkan semua maklumat, so kita boleh cari berapa kadar kenaikan tahunan bagi DG 48 dalam SBPA tu..

          Tn = a + (n-1) d
8710.00 = 4659.85 + (16 -1) d
           d =  8710.00 - 4659.85 / 15
           d =  270.01

Maka kenaikan tahunan bagi gred DG 48 dalam SBPA adalah RM 270.01

Sekarang cuba kita analisis gaji DG 41 SSM pulak..
1. Gaji DG 41 (SSM) P1T1 = RM 1695.85
    maka, gaji DG 41 (SBPA) T1 = RM 1695.85 + (7% x RM 1695.85) = RM 1814.56
2. Kenaikan tahunan P1T1 dan P1T2 = RM 90.45
3. Peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG41 dan DG 48 adalah 124.61%...Dengan mengambilkira peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG 41 dan DG 48 dalam SBPA adalah sama dengan SSM..maka kita akan dapat agak kenaikan tahunan dalam DG 41 (SBPA)..
       
katakan,      a = kenaikan tahunan DG 41
                   b = beza kenaikan tahunan DG 41 dan DG 48

maka,           a x 1.2462 = b .....(1)
                    270.01 - b = a ......(2)

masukkan (1) dalam (2)
                   
                     a = 270.01 - (a x 1.2461)
                     a + (a x 1.2461) = 270.01
                     a ( 1 + 1.2461) = 270.01
                     a = 270.01 / 2.2461
                     a = 120.21

akhirnya dapatlah kenaikan tahunan DG 41 dalam SBPA tu..RM 120.21
Update : Kenaikan RM 120.21 ni hanya untuk T1 sampai T17 saja..bagi tangga T18 dan ke atas kadar lain sebab kenaikan tahunan DG 41 dalam SSM adalah berbeza selepas tangga T18...


PERINGATAN :  Pengiraan di atas bukanlah sesuatu yang muktamad kerana banyak menggunakan andaian semata-mata...penulis hanya sekadar mahu berkongsi idea sahaja...penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada dikalangan pembaca yang rasa tertipu atau sebagainya!

KONSPIRASI SBPA #3 : GAJI CIKGU DALAM SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Hari ni aku nak buat konspirasi baru pasai gaji cikgu dalam SBPA nanti...Terima kasih kepada Cikgu Midi (Tanpa Nama -17/10/2011 -11:38 PM) yang telah mencerahkan pemikiran aku dan memberikan satu lagi idea baru tentang maksud sebenar Menteri Kewangan tentang kenaikan gaji 7% hingga 13% tu...

Bila aku analisa balik gaji SSM bagi gred DG tu...Terbukti dakwaan Cikgu Midi adalah sangat berasas...beliau menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred...ok, tengok analisa aku kat bawah ni..


Gred               Beza (P1-P2 @ P1-P3)
-------------------------------------------
DG 29             12.91%
DG 32             8.7%
DG 34             6.99%
DG 41             11.41%
DG 44             10.68%
DG 48             9.91%
DG 52             9.48%
DG 54             8.77%
-------------------------------------------

Makanya, setelah dikira semula dapatlah satu lagi jadual baru gaji cikgu dalam SBPA nanti..aku malas nak tulih detail dia punya calculation..kalau hangpa tak puas hati..hangpa kira la sendiri pakai Janjang Arithmetik.

Ni gaji DG 48 mengikut idea dari Cikgu Midi.
                               T14 = T1 + (14-1) d
                             8710 = 4786.37 + 13d
                                   d = (8710 - 4789.37) / 13  
                                   d = RM 301.818

Ni gaji DG 44.....
                              d x 0.3504 = b
                              301.818 - b = d
                              d = 301.818 - (d x 0.3504)
                              d x 1.3504 = 301.818
                              d = 301.818 / 1.3504
                              d = RM 223.50

Ni pulak Gaji DG 41......
                                Untuk T1 hingga T17:                
                                d x 1.2253 = b
                                301.818 - b = d
                                d = 301.818 / 2.2253
                                d = RM 135.63


KONSPIRASI SBPA : GAJI SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) BAGI CIKGU DG 34 DAN DG 48

Hari ni aku saja ja nak buat konspirasi sikit kasi hangpa saspen sikit...macam yang hangpa semua tau..masa bajet 2012 minggu lepas YAB PM kita ada umum kenaikan gaji untuk penjawat awam kalau memilih SBPA atau nama panjangnya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam..

Yang hampehnya lepas ja habes bajet tu ramai penjawat awam yang kuciwa dan ada jugak yang marah sambil memaki hamun cikgu-cikgi se-Malaysia dengan selambanya kat dalam facebook serta blog masing-masing..Kononya hanya cikgu yang dapat kenaikan gaji..skim lain cuma dapat bonus ja..Ni aku nak habaq mai kat hangpa sikit ..cuba hangpa baca dan paham elok-elok apa yang YAB PM kita cakap dalam bajet tu..

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ayat dia mudah ja kan..hat yang PM sebut Cikgu tu dia cuma buat contoh ja..hangpa pun dapat jugak..yang dok kelam kabut sangat tu pasai pa...Lain kali kalau nak komen apa-apa pun cuba la buat siasatan dulu..ni main hantam kromo ja..tulih macam-macam kat FB yang hanya Melabelkan Kebodohan Diri Sendiri saja..

Berdasarkan ucapan PM tu, aku pun terpikir jugak macam mana rupa skim gaji satu baris dalam SBPA tu..so pikir punya pikir sampai aku tertidor dan bermimpi tengah makan cucur udang adabi cicah  kopi radix dengan PM Najib kat cafetaria Jabatan Perdana Menteri..so aku pun tanyala PM pasai gaji cikgu tu..punya la panjang lebar dia expalin kat aku..fuh, terasa sungguh spesel sekali diriku ini kerana dapat mendengar sendiri explanation dari beliau..So ni la rupa bentuk gaji SBPA tu..ni gaji DG 48






 hat ni pulak gaji DG 34..


Amacam..menarik kan..tapi aku nak tegaskan kat sini..segala cerita jumpa PM Najib tu hanya lah fantasiku semata-mata...so aku tak mau bertangunggjawab kalau ada sapa-sapa yang rasa kena tipu kalau gaji SBPA betoi nanti lain dari gaji dalam mimpi aku ni..Adios amigos.



Ingat.Jangan pegang 100% spekulasi di atas. Saja seronok-seronok baca saja......
Yang penting...khidmat kita, biar ikhlas dan sepenuh hati.. untuk anak bangsa, agama dan negara.

Friday 25 November 2011

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang



APC 2011

Tarikh    : 17-11-2011
Hari       : Khamis
Masa     : 8.00 - 12.00 tgh
Tempat  : Dewan Terbuka SK Bubul, Semporna.
Perasmi : Guru Besar SK Bubul,
               En. Marcellinus J. Omar



                            






                            

                        
                              
                              
                               
                        
                        

Thursday 17 November 2011

PROGRAM MEMBACA 1MALAYSIA

Program ini dijalankan serentak seluruh negara pada 2 Nov 2011. Di SK Bubul, program ini dijalankan di dewan terbuka SK Bubul mulai  9.30 sehingga 10.03 minit pagi. Agihan buku dilakukan kepada guru-guru kelas sebelum majlis bacaan diadakan.  Dibawah adalah foto-foto yang dirakamkan pada majlis berkenaan.