Saturday 22 October 2011

MAJLIS PENYERAHAN CEK

Program      : Majlis Penyerahan Cek Kpd PIBG Sk Bubul
Tarikh         : 23 Okt 2011 (Ahad)
Masa          : 9.00 Pg
Tempat       : SK Bubul, Semporna, Sabah.
Kehadiran  : YB Datuk Sri Hj. Nasir b. Tun  Dr. Sakaran
                    Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah
                 
                    En. Abd Manan Hj. Indanan
                    YDP PIBG SK Bubul

                    En. Marcellinus J. Omar,
                    Guru Besar SK Bubul.

                    Guru-Guru SK Bubul
                    AJK PIBG.


Ucapan YDP PIBG SK Bubul,Semporna.
En. Abd Manan b. Hj. Indanan


Ucapan Guru Besar SK Bubul, Semporna.
En. Marcellinus J. Omar.


Ucapan YB Datuk Sri Hj. Nasir b. Tun Dr. Sakaran
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah.


Penyampaian Sumbangan Cek RM100 000.00 Kepada PIBG SK Bubul.
Disempurnakan Oleh YB Tan Sri Hj. Nasir b. Tun Dr. Sakaran
Di Terima Oleh YDP PIBG Sk. Bubul, En. Abd Manan b. Hj. Indanan.


Penyampaian Cenderakenangan Kepada YB . Datuk Tan Sri.


Antara Guru-Guru Yang Hadir.

Friday 7 October 2011

Sebahagian Ucapan Belanjawan 2012

2011/10/07
“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”  




Tuan Yang di-Pertua,

12. Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

13. Di bawah peruntukan mengurus, 52 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 30.5 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, 96.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.

14. Bagi peruntukan pembangunan pula, 29.8 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah 13.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. Seterusnya, 4.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, 1.4 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.

15. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012, jumlahnya dianggarkan meningkat 1.9 peratus kepada 186.9 bilion ringgit, berbanding 183.4 bilion ringgit pada tahun 2011. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNK, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2011.

Tuan Yang di-Pertua,

43. Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit

Tuan Yang di-Pertua,

FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM

56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. 59.
Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru

61. Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kita akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

Tuan Yang di-Pertua,

112. Dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut:
Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional; dan

114. Kerajaan yakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan. Dalam konteks ini, seperti yang semua ketahui, pada bulan Ogos yang lalu, Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara.

115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara Kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara Kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit.





PERUNTUKAN BAJET 2012

Tuesday 4 October 2011

LAWATAN KE PULAU MABUL & KAPALAI

          Pada Sabtu ,1 Okt 2011 baru-baru ini seramai 82 orang yang terdiri dari warga SK Bubul dan keluarga mereka telah menyertai lawatan ke Pulau Mabul dan Kapalai anjuran  Kelab Guru & Kakitangan SK Bubul (KGKSKB). Pemergian kesana dengan Kapal Arung Hayat bermula dengan bertolak dari Jeti Semporna tepat jam 7.40 pagi.
          Sarapan pagi di atas Kapal Arung Hayat dengan masakan Mee Goreng spesialnya bersama kuih-muih cukup membuat kami kenyang untuk seketika. Cabutan bertuah berjalan lancar seketika kapal berlabuh untuk menghantar bahan mentah ke Arung Hayat Resort sebelum kami meneruskan perjalanan ke Kapalai.
           Peserta rombongan menjejakkan kaki ke Kapalai Resort pada jam 12.00 tgh dan selama lebih kurang 45 minit di sana dengan sempat merakamkan scene-scene yang menarik dengan kejernihan airnya yang jelas menampakkan kelibat ikan "Bollong" dan pari. Rasanya tidak mahu pulang malah berat rasanya melangkah kaki meninggalkan Kapalai.

            Peserta memancing mengambil kesempatan waktu ini untuk memancing dengan beberapa peserta dapat menaikan beberapa ekor ikan kerapu merah dan hitam, dan beberapa jenis ikan lagi yang sememangnya irama sentakan ikan dan menawannya tetap menjadi kenangan yang  tidak dapat dilupakan bagi peserta memancing yang terdiri dari Cikgu Asbullah, Cikgu Ramlan, Cikgu Jamil, Cikgu Hairul dan Juraimi serta Ustaz Hasnul.
          
          Ketika di Pulau Mabul, peserta menikmati makan tengahari  dan kanak-kanak mengambil kesempatan mandi di sana, peserta rombongan kembali ke Semporna pada jam 4.30 ptg. Melalui pulau Minampilik , Pulau Gusungan dan menyusuri pemandangan indah, peserta rombongan tiba pada jam 7.00 mlm di Jeti Semporna.
      
           Semoga memori lawatan kali ini tetap terlipat indah dalam setiap ingatan peserta rombongan. Semoga di tahun depan KGKSKB akan menrancang dsetinasi yang lebih menarik buat ahlinya bagi melepaskan rasa beban tugas yang semakin mencabar.

            Maklumat Peserta Rombongan:


Kat
Jumlah
Dewasa
55
Kanak2 (7-15)
16
Bwh 6 th
11



Sejenak Di Mabul / Kapalai



 


FOTO-FOTO SEKITAR LAWATAN KE MABUL DAN KAPALAI.


Di atas kapal  Arung Hayat





Pemandangan Floating dari kapal  Arung Hayat.


Nelayan-Nelayan Kecil Yang Baru Pulang Dari Perjuangan Di Lautan.


Seafest Hotel Dari Anjung Kapal Arung Hayat.



Aksi Superman @ Batman.....sebenarnya Asbulman.


Di Bahagian Hadapan Kapal Berlatarbelakangkan Pulau Menampilik.


Kapalai Resort


Waktu Pulang .....


Tidak Ketinggalan Memberikan Aksi Istimewa.


Di Kapalai Resort.



Pengerusi  Biro Joran KGK Yang Terlepas Seekor Ikan Putih Di Lautan Kapalai
Bersama Pengerusi KGK


Sebahagian Foto-Foto Menarik Di Mabul  & Kapalai.







Sempat snorkeling...


Mendamaikan....