Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya



DARI AHLI KELAB GURU DAN KAKITANGAN SK BUBUL
KEPADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT SELURUH NEGARA .
SEMOGA HARI RAYA TERUS MERAPATKAN IKATAN SILATURRAHIM SESAMA KITA.

Thursday 9 August 2012

TABLET GOOGLE NEXUS 7

Google Nexus 7

    Google melancarkan tablet mereka sendiri yang dibangunkan dengan kerjasama ASUS iaitu Nexus 7 yang hanya berharga RM615 (USD199). Lebih menarik, syarikat Amerika Selatan tersebut menampilkan tablet yang memberikan respons amat agresif apabila pantas dengan penghasilan versi baru bagi saiz tujuh incinya. Ia adalah tablet yang berkuasa Android 4.1 (Jelly Bean) dilengkapi ciri unik tapi masih mampu beroperasi dengan lancar dilengkapi ciri asas yang ditetapkan dengan baik.
  
    Sekali pandang, ia seakan akan model 7+ yang dihasilkan Samsung Nexus 7 dibina untuk membawa anda pakej yang terbaik daripada dengan kejelasan skrin yang menakjubkan pada paparan bertenaga 1280 x 800 resolusi tinggi yang dilindungi gelas Corning yang tahan calar. Dengan lebih satu juta piksel di tangan anda, teks akan menjadi lebih tajam, filem HD yang lebih terang dan permainan lancar dan dinamik.

    Baterinya lengkap dengan lebih 8 jam memainkan video HD, 10 jam pelayaran web atau 10 jam untuk e-baca, Nexus 7 direka untuk kesesuaian mudah alih. Anda juga boleh meneroka lebih 600,000 aplikasi dan permainan yang terdapat di Google Play. Kuasanya dibangunkan dengan kerjasama ASUS serta NVIDIA Tegra 3 dengan tenaga quad core yang menarik bermakna segala-galanya lebih cepat — menyemak halaman, permainan lancar dan responsif dan menjalankan pelbagai aplikasi berjalan dengan lancar. GPU menyampaikan grafik mewah dan mendalam.



Saturday 4 August 2012

Penghayatan Semangat Ramadan

Apabila bekerja pada Ramadan, fikiran dan hati kita sewajarnya diisi dengan semangat dan keinginan untuk menggandakan usaha sama ada secara kuantiti mahupun kualiti sesuai gandaan ganjaran, kemuliaan serta keistimewaan Allah SWT anugerahkan di bulan penuh kerahmatan ini.
Atau sebaik-baiknya kita berusaha menampung serta menggantikan sebarang bentuk kekurangan kerja semalam demi merebut dan bersyukur dengan segala limpahan yang Allah SWT janjikan pada bulan ini.

Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan (pada Ramadan) secara sukarela satu perkara daripada perkara kebaikan (sunat), maka dia seperti orang yang menunaikan kefarduan pada masa yang lain. Sesiapa menunaikan (pada Ramadan) suatu kefarduan, maka dia seperti orang yang menunaikan 70 kewajipan pada masa yang lain.”

Bulan Kualiti

Justeru, saya tertarik apabila ada organisasi mengadakan Bulan Kualiti pada Ramadan. Program diatur boleh mengingatkan dan mencabar kesungguhan diri bagaimana kita boleh menjana kualiti serta meningkatkan prestasi lebih baik berbanding bulan lain.

Ramadan sering dirujuk bulan memperbanyakkan beribadat dan bersedekah, sedangkan selain daripada itu tidak pula dianggap sebagai ibadat. Menghulur selain daripada wang ringgit dan harta pula, tidak difahami sebagai suatu sedekah.
Kefahaman ini jika dibiarkan boleh mencacatkan suasana dan hasil kerja pada bulan ini. Atas semangat ini juga kita menyemarakkan kegigihan bekerja dengan sukarela dan senang hati sambil memujuk diri bersabar menghadapi segala kesulitan dalam keadaan berpuasa sebagai suatu latih tubi.

Pengertian sedekah lebih luas

Justeru, menyegerakan urusan bagi sesuatu permohonan, mempercepatkan pembayaran, menjawab panggilan telefon serta melayan pelanggan semasa waktu rehat juga antara contoh ibadat dan sedekah di tempat kerja.

Menurut Islam, setiap kebaikan itu nilainya adalah ibadat dan apabila Allah SWT memerintahkan kita menafkahkan sebahagian harta ke jalan-Nya, tujuannya adalah sebagai tanggungjawab sosial dan untuk mengelak keburukan pada diri pemilik.

Kefahaman dan semangat inilah maka Prof Dr Yusof al-Qaradawi melebarkan maksud sedekah dalam bukunya Dawru al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad Islamiy.

Sumbang buah fikiran

Salah satu caranya ialah bersedia menyumbang tenaga dan buah fikiran di tempat kerja tanpa dipaksa, menunggu arahan atau mengharapkan pujian. Inilah antara maksud mendalam yang terkandung dalam konsep sedekah meliputi segala kemampuan dimiliki.

Segala keupayaan dan kemampuan inilah menjadi modal dan ‘harta’ bersedekah. Firman Allah SWT: “Orang yang menafkahkan hartanya di malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, ayat 274)

Konsep kerja

Jika konsep sedekah diterjemahkan dalam bekerja, beberapa parameter atau bentuk bersedekah ialah melakukan sesuatu kerja dengan inisiatif sendiri tanpa arahan tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan.

Menyiapkan kerja lebih awal atau dalam tempoh dikehendaki tanpa perlu diberikan peringatan berulang, bersedia memperuntukkan lebih masa untuk kerja, melayani pelanggan atau melayan panggilan telefon walaupun di luar waktu pejabat.

Usaha ini walaupun kemungkinan sukar untuk dipertimbangkan pada bulan lain tetapi pada Ramadan yang mana Allah SWT menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda, menjadikan kita lebih ringan tulang.

Usaha ini menjadikan Ramadan madrasah untuk melahirkan insan lebih baik bukan sekadar pada ibadat khususnya seperti solat, zikir dan tadarus malahan juga pada kerjaya.

Kefahaman yang betul mengenai ibadat dan sedekah kerja ini bukan sekadar bermanfaat untuk organisasi tetapi juga setiap kita supaya semangat Ramadan diserapkan dalam segenap keadaan, sekali gus membentuk kekuatan sahsiah.

Menurut pandangan Pendeta Zaaba, antara kelemahan masyarakat ialah apabila lemahnya sahsiah yang antaranya terlalu bergantung kepada orang lain, kurang hemah dan lemah cita-cita.

Penulis Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Thursday 2 August 2012

CUEPACS Cadang Imbuhan Tetap Perumahan Diselaras

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.
Timbalan Presiden Cuepacs, Aziz Muda, berkata cadangan berkenaan antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.
"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.
            

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan.

"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Jan 2012," katanya.
Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.

Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.

"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya. - BERNAMA