Wednesday, 13 July 2011

Friday, 8 July 2011

BORANG lAWATAN

Kelab Guru & Kakitangan,
SK Bubul,
91308 Semporna,
Sabah-Malaysia                                 
                                                                                             8 JULAI 2011

Kepada,
Semua Ahli KGK SK Bubul,
Semporna-Sabah.                                                                   

Tuan/Puan/Cik:
LAWATAN KE PULAU MABUL DAN KAPPALAI ANJURAN KGK

Keputusan mesyuarat Biro Lawatan & Rekreasi pada 22.6.2011 menetapkan bahawa satu lawatan ke lokasi di atas akan dadakan pada       1 Okt 2011 (Sabtu).

Mesyuarat juga mengambil keputusan bahawa perbelanjaan ke tempat berkenaan adalah tanggungan sendiri dan boleh disertai oleh ahli keluarga terdekat.

Penetapan harga hanya dapat dibuat setelah biro mendapat jumlah tepat yang akan menyertai lawatan ini. Oleh itu diminta ahli yang bersetuju menyertai rombongan ini agar dapat melengkapkan borang di bawah dan kembalikan kepada Pengerusi Biro Lawatan & Rekreasi  KGK                 (En Khamis Mintek) sebelum atau pada 18 Julai 2011.

Bil
Nama
K/P     @ SB
Umur
1.    



2.    



3.    



4.    



5.    





Biro akan membuat sebarang hebahan jika berlaku sebarang perubahan pada tarikh atau hal-hal yang berkaitan dengan lawatan ini dari semasa ke semasa.

Sekian. Terima Kasih.
                       

Thursday, 7 July 2011

Sabar menempuh ujian hidup



Setiap musibah yang menimpa mesti dihadapi dengan tabah. - Gambar hiasan



HIDUP ini merupakan ujian. Semua ketentuan sama ada kesenangan mahupun kesusahan telah disusun rapi oleh Allah SWT yang bersifat al-Qadir dan al-'Alim.
Sebagai seorang manusia, kehidupan kita akan sentiasa diwarnai dengan ujian yang kadangkala datang dalam bentuk kesusahan mahupun kesenangan.
Hidup yang hanya diwarnai dengan kesusahan, pasti akan mengecewakan, manakala kehidupan yang hanya diuliti dengan kesenangan pasti akan membosankan. Kehidupan akan ada turun naik dan pusingannya.
Orang yang berada di bawah suatu ketika pasti akan berada di puncak kejayaan dan begitulah sebaliknya. Itu adalah sunnatullah, Dia yang menciptakan manusia dan amat mengetahui keperluan kita sebagai makhluk dan hamba-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-Baqarah: 155)
Penciptaan manusia di muka bumi ini adalah sebagai hamba yang berperanan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT di dalam ruang lingkup ibadah yang luas.
Dia meletakkan perintah dan larangan untuk dipatuhi oleh manusia dalam mereka menjalani kehidupan. Ia juga merupakan ujian untuk Dia melihat sejauh manakah manusia dapat mengawal diri dan nafsunya untuk melakukan ketaatan kepada-Nya di kala insan lain bergelumang dengan dosa dan kedurhakaan lantaran tewas dengan ajakan nafsu dan dunia yang mempersonakan.
Sememangnya kehidupan ini adalah medan ujian untuk Allah SWT menilai siapakah manusia yang menggunakan hidupnya dengan beramal kebaikan, sebelum mereka dipanggil pulang kehadrat-Nya untuk diberi ganjaran yang sewajarnya di dalam kehidupan akhirat yang abadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk Dia menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)
Kebanyakan manusia keliru dengan bentuk ujian yang menimpa mereka. Bentuk ujian dalam kehidupan ini sebenarnya tidak hanya berupa kesusahan, kecelakaan, kesakitan, kehilangan harta dan jiwa, sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan manusia.
Malah ujian juga datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.
Kebanyakan manusia akan banyak mengingati dan berdoa kepada Allah ketika ditimpa musibah, agar kesusahan itu segera hilang, tetapi tidak ramai manusia yang bersyukur dan berserah diri kepada-Nya di kala kesenangan dan kemewahan.
Manusia yang ditimpa kesakitan akan menadah tangan kehadrat Allah, agar memberi kesembuhan kepada mereka kerana mengetahui hanya Allah SWT sahajalah yang boleh menyembuhkan.
Manusia yang dikurniakan nikmat kesenangan dan kemewahan, ramai antara mereka yang terleka dan terlalai dan merasakan kesenangan dan kemewahan itu datang dari usaha dan ikhtiar mereka semata-mata.
Kebanyakan mereka terus lalai dibuai keindahan dunia, sehingga ajal menjelma dan mereka mati dalam keadaan melupakan Allah dan Allah akan menjauhkan mereka dari rahmat-Nya. Na'uzubillahi min zalik.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (al-Anbiya': 35)
Cabaran serta ujian dalam kehidupan merupakan satu mekanisma untuk mematangkan diri kita, meningkatkan cara kita berfikir, cara kita berhadapan dengan masalah, mendidik kita untuk sabar, mengajar kita untuk menjadi lebih baik dan yang lebih manis lagi.
Cabaran serta ujian dalam kehidupan ini telah mendekatkan diri hamba-Nya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Inilah satu proses pembelajaran selama mana kita berada dalam universiti kehidupan.
Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan resah dan gelisah. Bagaimanapun, manusia yang beriman akan menghadapi ujian dengan penuh kesabaran dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Allah SWT mengajar golongan Mukmin yang ditimpa musibah menyebut Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un yang bermaksud apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah.
Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.
Orang yang menerima ujian dengan penuh kesabaran dan reda dengan ketentuan-Nya dijanjikan dengan berita gembira yang berupa keampunan, keredaan dan mendapat rahmat Allah.
Dalam satu riwayat, dikatakan Sa'id ibn Jubayr, seorang tabien mengatakan bahawa rahmat itu adalah pelindung daripada siksa azab neraka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar : (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya. (al-Baqarah: 155 - 157)
Sehubungan dengan itu sifat sabar hendaklah dijadikan perhiasan diri ketika bencana melanda agar umat Islam tidak terjebak kepada amalan sia-sia seperti kekecewaan melampaui yang mengakibat bunuh diri dan lain-lain.
Saling pesan memesan kepada sifat sabar ini juga satu amalan mulia yang menjadi syarat kepada orang-orang yang beruntung.
Ia sebagaimana maksud Firman Allah SWT: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (al-Asr: 1-3)
Kesimpulannya, setiap manusia tidak akan terlepas melalui ujian yang ditetapkan di dalam kondisi yang berbeza di antara satu sama lain. Itu adalah lumrah alam dan takdir yang ditentukan bagi setiap insan.
Justeru keistimewaan akal yang dikurniakan kepada manusia hendaklah digunakan sewarasnya agar ujian itu dapat dilalui dan diatasi dengan jayanya.
Bersikap positiflah dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba kerana kita tidak mampu merubah takdir yang tertulis, tetapi kita mampu merubah perspektif dalam diri kita ketika menghadapi qada Allah SWT.
Terutamanya dengan bersabar, saling memaafkan kesilapan orang lain dan belajar melupakan demi untuk ketenangan jiwa dan kebahagiaan hakiki yang menjadi dambaan insan seluruhnya.

Tuesday, 5 July 2011

Nabi Muhammad menemui Allah

KEMBALI meneruskan peristiwa penuh bersejarah dengan menyingkap pula perjalanan Mikraj Rasulullah s.a.w di mana Baginda naik ke Hadratul Qudus menemui Allah s.w.t.
Pada masa ini, didatangkan kepada Baginda sebuah Mikraj yakni tangga yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Setiap kali Baginda bertemu dengan para nabi, perkataan pertama yang diucapkan ialah assalamualaikum. Ini menunjukkan bahawa pentingnya dan mulianya ucapan salam yang sering kita ucapkan sehari-hari dan kita perlu sentiasa mengamalkan budaya memberi salam sebagai mendoakan kesejahteraan sesama kita. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan ucapan assalamualaikum ), nescaya kalian akan mewarisi syurga." Antara peristiwa yang berlaku di setiap tangga yang dinaiki Rasulullah ialah: Langit pertama: Rasulullah dan Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim serta melihat orang berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung kepada susu penzina perempuan.

Langit kedua: Nabi Muhammad dan Jibril naik tangga langit kedua lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.

Langit ketiga: Naik tangga langit ketiga dan bertemu Nabi Yusuf a.s.

Langit keempat: Naik tangga langit keempat lalu bertemu Nabi Idris a.s.

Langit kelima: Naik tangga langit kelima dan bertemu Nabi Harun a.s yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.


Langit keenam: Naik tangga langit keenam dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu Nabi Musa a.s. Baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang masuk syurga tanpa hisab.

Langit ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu Nabi Ibrahim a.s sedang bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadapi kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: "Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. "Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillahlah Allahuakbar dan Walahaulawalaquwataillabillahi'aliyul'adzim. "Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga." Selepas itu Baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu solat. Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah dan adalah tempat malaikat bertawaf.

Tangga kelapan: Di sinilah disebut 'al-kursi' yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.

Sungai yang airnya tidak berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang berubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia. Baginda juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta penunggunya, Malik.

Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha. Rasulullah w masuk dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib dalam nur 'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga kesepuluh: Baginda sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Di sinilah Allah memfardukan solat 50 waktu kepada Baginda. Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim kemudian Nabi Musa.

Nabi Musa bertanya: "Apakah yang difardukan Allah kepada kamu untuk umatmu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Solat 50 kali sehari." Nabi Musa kemudian berkata: "Kembalilah menghadap Tuhanmu dan mintalah pengurangan. Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan hal itu." Lalu Baginda pun berulang alik sebanyak sembilan kali sehingga Allah berkenan mengurangkan waktu solat menjadi lima kali sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersamaan solat 50 kali.

Selepas Mikraj, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitulmaqdis. Kemudian dengan menaiki Buraq, Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama. Baginda menceritakan perjalanan itu kepada kaum Baginda, tetapi mereka menuduh Rasulullah berdusta kerana mana mungkin Baginda dapat sampai ke tempat-tempat tersebut dalam masa yang singkat sedang manusia biasa memakan masa yang lama untuk ke sana. Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata-kata Baginda lalu beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud 'yang membenarkan.' Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran dan seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan.

Petikan Harian Metro
5 Julai 2011

Saturday, 2 July 2011

1 MURID 1 SUKAN DI SK BUBUL,SEMPORNA,SABAH.


Acara larian bermula tepat pada jam 7.45 am ,serentak dengan larian di semua lokasi seluruh negera. Acara lain yang dijalankan ialah antaranya:

a)   Senamrobik
b)  Sukaneka di antara ibubapa bersama murid
c)  Sukaneka di antara guru dan murid; dan
d)  Sukaneka diantara ibubapa dan guru.

Acara keseluruhan tamat pada jam 11.30 pg.

Larian 1M1S dirasmikan oleh:
Yg. Berbahagia En. Abd Razak b. Tun Sakaran.