Thursday, 14 June 2012

NUTP Minta Semak Pangkat Guru Kanan

Kesatuan mahu kenaikan Gred DGA32 kepada DGA34 dikaji
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kerajaan menyemak semula kenaikan pangkat daripada Gred DGA32 kepada DGA34 membabitkan kira-kira 10,000 guru kanan yang bertugas melebihi 10 tahun.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata perkara ini perlu diperhalusi kementerian Pelajaran bagi memastikan guru yang sudah lama bertugas dapat menikmati kenaikan pangkat setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Beliau berkata, langkah kerajaan memendekkan tempoh kenaikan pangkat daripada gred DGA32 kepada DGA34 daripada 10 tahun kepada lapan tahun mengundang sedikit rasa kurang senang di kalangan guru kanan.
“Dulu kenaikan pangkat daripada DGA32 kepada DGA34 bagi lepasan diploma dan DG41 kepada DG44 bagi lepasan ijazah mengambil masa 10 tahun, tetapi kini dikurangkan kepada lapan tahun.
“Ini menjadikan guru baru melalui proses kenaikan yang cepat berbanding guru lama sedangkan guru yang bertugas sekitar 10 ke 15 tahun baru mendapat kenaikan daripada gred DGA32 kepada DGA34. Ini membuatkan sebilangan mereka tidak puas hati. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bagi memastikan semua pihak gembira.
“Jadi NUTP mencadangkan guru kanan yang sudah bertugas lebih 15 tahun ini diberi kenaikan gaji setiap tiga tahun selepas mereka dinaikkan gred,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan kenaikan pangkat kira-kira 24,053 guru selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini, membabitkan 15,831 guru lepas diploma dan 8,222 guru lepasan siswazah.
Keputusan kerajaan itu menyaksikan guru lepasan diploma hanya memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.
Hashim berkata, adalah tidak adil bagi guru yang sudah sekian lama bertugas menikmati kenaikan seperti mana guru baru dan perkara ini seharusnya mendapat perhatian serius kerajaan.
“Ada guru kanan ini terpaksa mengambil masa lebih 10 tahun ini naik dari gred DGA29 kepada DGA32, sudah tentu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka jika angka gaji mereka sama dengan guru baru, lagi pun kebanyakan guru ini juga sudah hampir tempoh bersara,” katanya.

Thursday, 17 May 2012

14 Isu Beban Guru Ditangani

 

Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai sokongan terhadap guru sambil diperhatikan Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak,Kuala Kangsar, Perak, semalam.
KUALA KANGSAR 16 Mei - Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru sedang melaksanakan 28 perakuan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru termasuk memperkenalkan sistem tunggal kemasukan data.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu antara lain memperkenalkan Sistem Pengurusan Sekolah bagi menangani keluhan guru yang terbeban dengan penggunaan pelbagai sistem kemasukan data pada masa ini.
''Sistem ini telah dilaksanakan secara rintis di 88 buah sekolah dan dijadualkan semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran akan menggunakan sistem baru ini menjelang 2013," katanya ketika berucap merasmikan perayaan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-41 di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga sedang menjalankan kajian rintis bagi penempatan Pembantu Tadbir N17 sehingga Jun 2012 untuk melihat impak kakitangan itu bagi mengurangkan beban tugas perkeranian guru.
Selepas kajian itu, katanya, satu cadangan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memperluaskan penempatan kakitangan Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah di bawah kementerian.
''Bagi menangani isu beban tugas guru itu juga, semua Jabatan Pelajaran Negeri telah melaksanakan pemansuhan ujian dan peperiksaan setara serta menambah baik pengendaliannya di peringkat sekolah.
''Oleh itu, pada tahun ini, hanya satu peperiksaan setara sahaja dibenarkan. Pemansuhan sepenuhnya ujian dan peperiksaan setara akan dikuat kuasa mulai 2013, iaitu semuanya akan dijalankan di waktu pengajaran dan pembelajaran," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran komited untuk mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah menjelang tahun 2015.
Sehingga kini, katanya, program pensiswazahan guru telah berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikut pengajian di institusi pengajian tinggi.

24,053 Guru Naik Pangkat

 

PENERIMA Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, dari kiri, Lim Ia Lee @ Lim Irene, Datuk Hassan Harun, Datuk Mary Yap Kain Ching, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Datuk Omar Hashim dan Mohd. Azman Abdul Rashid bersama sijil penghargaan masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, semalam. - utusan/Roy Azis Abd. Aziz


KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran; Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selaras dengan usaha menambah baik skim perkhidmatan pendidikan, peruntukan tempoh minimum kenaikan pangkat secara ‘time-based’ berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.
Beliau menarik perhatian, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, lapan tahun (DG44 ke DG48), enam tahun (DG48 ke DG52) manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).
Menurutnya, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pula, pemegang gred DGA29 hanya memerlukan lapan tahun untuk ke DGA32, lapan tahun (DGA32 ke DGA34) dan lima tahun (DGA34 ke DGA38).
Muhyiddin berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, 390 guru telah dinaikkan pangkat ke gred DG54, 676 (DG52), 3,938 (DG48) dan 19,805 (DG44).
‘‘Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 dinaikkan ke gred DGA38 manakala 2,639 (DGA34) dan 9,519 (DGA32)," katanya.
Selain itu, kata beliau, proses kenaikan pangkat pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan penolong kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.
Setakat ini, kata beliau, 854 pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala 4,270 penolong kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48.
Kenaikan pangkat itu kata Timbalan Perdana Menteri, melibatkan pengetua dan penolong kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 serta yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010.
‘‘Bagi penyandang jawatan penolong kanan gred DG48 ke gred DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan penolong kanan gred DG44 ke gred DG48 iaitu seramai 2,655 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.
Menurut Muhyiddin, peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul.

Friday, 13 April 2012

PROTON PREVE


Nama sebenar model baru Proton sudah pun diketahui. Proton Preve namanya. Ada yang mempertikaikan tindakan Proton yang lebih gemar memilih nama-nama yang tidak melambangkan nilai-nilai Malaysia pada model kereta ini. Kata mereka, bukanlah lebih elok meletakkan nama seperti proton Perkasa contohnya. Ooops!!
Macam-macam ketidakpuashatian yang boleh kita perhatikan. Masing-masing ada pendapat dan ulasan mereka sendiri berdasarkan pengalaman sendiri yang kebanyakkannya melibatkan prestasi dan kualiti yang terdapat pada setiap model baru keluaran Proton. Walaubagaimanapun, apa yang bolah kami katakan semenjak keluaran Proton Persona, Proton sudah nampak ada perubahannya. Tetapi masih tidak cukup lagi.
Sehinggalah mereka sedang menunggu masa dan ketika di hari pelancaran Proton Preve 2012 yang dijangka diadakan pada 16 April ini untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada dunia umumnya. Proton Preve ini pun asalnya dibangunkan dengan tujuan untuk menggantikan Proton Persona. Itu sebablah ada cakap-cakap mengatakan Proton P3-21A (kod nama) akan diberikan nama Proton Persona R. Tetapi…..
Tetapi selepas Proton melihat jualan Proton Persona masih lagi utuh dan juga masih lagi tinggi permintaannya, jualan model Proton Persona masih lagi diteruskan seperti biasa dengan speknya direndahkan lagi. Cuma, yang pastinya Proton Preve akan menggantikan Proton Persona dan Proton Waja di persada global.

Nama Proton Preve 2012

  • Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
  • Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
  • Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.

Harga Proton Preve 2012

Kalau laporan berita sebelum ini, (Proton P3-21A: Video & Pameran Proton Power of 1 di Bukit Jalil. Harga RM62K – RM75K!!), Harga Proton Preve 2012 yang ditawarkan adalah bermula serendah RM62,000 sehinggalah ke varian premium sekitar RM75,000. Tetapi….. harga Proton Preve ini sebenarnya yang akan dijual kelak bermula dengan harga serendah RM59,540.00 sehinggalah RM72,990.00
1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
  • RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
  • RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
  • RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyCAP