Pengelola : SK Bubul, Semporna.
Tempat : Gelanggang Sepak Takraw SK Bubul, Semporna
Tarikh : Khamis & Jumaat (21 & 22 Feb 2013)
Kejohanan tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Perlawanan pertama dapat dijalankan tepat jam 8.30 pagi (21 Feb 20130 dan perlawanan terakhir menutup tirai berlangsung pada jam 5.15 ptg (22 Feb 2013)
Selesai dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah tepat jam 6.10 ptg.
Di bawah adalah sebahagian dari rakaman foto yang sempat dirakamkan.
PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk
dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk
dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta
orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan
Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua
Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah
sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus
bagi tempoh 1991 hingga 2000.
"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data
awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira
ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian
Liputan Banci," katanya.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk
menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar
pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan
2000.
Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi
di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta)
manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan
Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).
Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi
pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau
Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya seiring
dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat
kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.
Beliau
berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan
paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4
dan 90.8 peratus.
Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah
pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis
(51.4), katanya.
Nor Mohamed berkata daripada 28.3 juta penduduk Malaysia
yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan
warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus,
Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).
Di kalangan warganegara
Malaysia, katanya, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1
peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan
rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. -
BERNAMA
=========================================================================
DARI SUMBER JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 (BANCI 2010) RALAT
LAPORAN TABURAN PENDUDUK DAN CIRI-CIRI ASAS DEMOGRAFI 2010
1. Pendahuluan
Banci
Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) merupakan banci
kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963.
Banci sebelum ini telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000.
Banci merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi
menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar
pembangunan negara.
2. Ringkasan Penemuan
Banci 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta,
berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini memberikan purata
kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.0 peratus untuk tempoh
2000-2010. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi
tempoh 1991-2000 (Carta 2). Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan
tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah W. P. Putrajaya (17.8%),
diikuti oleh Selangor (2.7%), Melaka (2.6%) dan Sabah (2.1%). Antara
negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu
(1.4%), Perak (1.4%), W. P. Labuan (1.3%) dan Perlis (1.2%).
3. Taburan penduduk
Taburan penduduk mengikut negeri menunjukkan Selangor sebagai negeri
yang mempunyai penduduk paling ramai (5.46 juta), diikuti oleh Johor
(3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta). Sumbangan negeri tersebut kepada
jumlah penduduk Malaysia ialah 42.4 peratus. Negeri yang mempunyai
penduduk paling sedikit ialah W. P. Putrajaya (72,413) dan W. P. Labuan
(86,908).
4. Kepadatan penduduk
Kepadatan penduduk Malaysia ialah 86 orang bagi setiap kilometer
persegi pada tahun 2010 berbanding 71 orang pada tahun 2000. Kepadatan
penduduk memberikan gambaran yang berbeza berbanding taburan penduduk.
Selangor yang mempunyai penduduk paling ramai hanya menduduki tangga
kelima dari segi kepadatan penduduk dengan 674 orang setiap kilometer
persegi. Antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi
ialah W. P. Kuala Lumpur (6,891 orang), Pulau Pinang (1,490 orang) dan
W. P. Putrajaya (1,478 orang).
5. Urbanisasi
Seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk
bandar meningkat kepada 71.0 peratus pada 2010 berbanding 62.0
peratus pada 2000 (Carta 5). Selain daripada W. P. Kuala Lumpur dan
W. P. Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri
lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi adalah Selangor dan
Pulau Pinang masing-masing 91.4 peratus dan 90.8 peratus (Carta 6).
Sebaliknya, negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah ialah
Kelantan (42.4%), Pahang (50.5%) dan Perlis (51.4%).
6. Komposisi etnik
Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus
warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia
terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India
(7.3%) dan Lain-lain (0.7%).
Di kalangan
warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di
Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus
daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala
Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah.
7. Umur
Perkadaran penduduk Malaysia di bawah umur 15 tahun menurun kepada
27.6 peratus berbanding 33.3 peratus pada 2000. Sebaliknya,
perkadaran penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun)
meningkat kepada 67.3 peratus daripada 62.8 peratus. Perkadaran
penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga bertambah kepada 5.1 peratus
berbanding 3.9 peratus pada 2000. Ini menyebabkan umur penengah
meningkat daripada 23.6 tahun pada 2000 kepada 26.2 tahun pada 2010,
manakala nisbah tanggungan menurun daripada 59.2 peratus kepada 48.5
peratus. Trend indikator ini selari dengan peralihan struktur umur ke
arah penuaan penduduk di Malaysia.
8. Nisbah jantina
Bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah jantina 106 (Carta 9).
Situasi ini sama seperti yang diperoleh pada tahun 2000 (104). Nisbah
lelaki berbanding perempuan secara relatifnya adalah tinggi bagi Pahang
(113), Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107),
W. P. Labuan (107) dan Sarawak (106). Sebaliknya, bilangan lelaki
kurang daripada perempuan bagi W. P. Putrajaya (89) dan Perlis (97)
seperti ditunjukkan dalam Carta 10.
9. Taraf perkahwinan
Pada 2010, penduduk berumur 15 tahun dan lebih yang belum pernah
berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.
Perkadaran lelaki yang belum pernah berkahwin (37.8%) adalah lebih
tinggi sedikit berbanding perempuan (32.2%). Namun, perkadaran lelaki
dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama masing-masing 59.8
peratus dan 59.4 peratus.
Umur min perkahwinan
pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada
2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun
berbanding 25.1 tahun pada 2000.
10. Agama
Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan
perkadaran 61.3 peratus. Sebagai negara berbilang kaum, antara agama
lain yang dianuti adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu
(6.3%).
KONGRES cadang tubuh bank untuk
manfaat pendidik, murid
Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
(KONGRES) mengemukakan resolusi 11 perkara kepada kerajaan untuk membela nasib
pendidik dan pesara guru, termasuk penubuhan bank guru.Penubuhan bank yang
dicadang diterajui Yayasan Guru Malaysia Berhad itu bertujuan memberi manfaat
kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid di seluruh negara.
Tabung Kebajikan Guru Presiden, Jemale Paiman berkata, untuk
manfaat pesara guru pula, pihaknya mencadangkan penubuhan organisasi mirip
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru
yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga
mereka.
Beliau berkata, resolusi lain termasuk menyerap lebih 60,000 guru
lepasan diploma, terutama berusia 50 tahun ke atas dalam skim siswazah tanpa
temu duga.
Bagi tujuan itu, kerajaan disaran mewujudkan Skim Perkhidmatan
Bersepadu Pelajaran Persekutuan. Skim yang dicadangkan ialah gabungan Skim
Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma dan Skim Perkhidmatan Siswazah Tanpa Temu
Duga pada gred DG 42.
“Kelonggaran khas menerusi skim istimewa kepada mereka
berusia 50 tahun ke atas untuk diserapkan dalam skim siswazah sudah dilaksanakan
Kementerian Kesihatan dan sesuai diamalkan oleh Kementerian Pelajaran pula,”
katanya dalam satu kenyataan semalam.
Resolusi itu diputuskan pada
mesyuarat Exco Khas KONGRES, pada Sabtu lalu dan dihantar kepada kementerian
dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.
Cadangan lain ialah:
Menubuhkan majlis guru bertaraf profesional, berdaftar dan bertauliah untuk
menjaga dan mengawal pendidik. Ia berfungsi sebagai pengawal dan mengambil
tindakan tatatertib atau disiplin, denda dan menggantung atau menamatkan
perkhidmatan pendidik yang berkhidmat dengan kerajaan atau swasta, institusi
pengajian tinggi dan pusat tuisyen.
Menukar pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Pendidikan
Nasional (PTPTN) kepada biasiswa. Pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Dengan Kepujian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) layak untuk
menerimanya.