Wednesday, 4 May 2011
Monday, 2 May 2011
DERAF PERLEMBAGAAN KELAB
PERKARA 1 :NAMA DAN ALAMAT
a. Nama kelab :Kelab Guru & Kakitangan
b. Alamat :Sekolah Kebangsaan Bubul , 91308 Semporna, Sabah .
PERKARA 2: MATLAMAT
Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di sekolah lebih kondusif dan produktif
PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB
3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.
3.2 Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan
3.3 Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasanasosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan
3.4 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif danproduktif
PERKARA 4 : FUNGSI KELAB
4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :
4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka
4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.
PERKARA 5 : KEAHLIAN
5.1 Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Bubul.
5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik
5.3 Guru Besar merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat kelab, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.
5.4 Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,
5.4.1 Memohon untuk tidak menjadi ahli ( dengan persetujuan guru besar)
5.4.2 Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian
dengan nasihat Guru Besar.
PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA
6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi KGK , “Jawatankuasa KGK”. Jawatankuasa KGK hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab pada setiap mesyuarat agung tahunan .
6.2 Ahli Jawatankuasa KGK hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna.
6.2 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Pengerusi.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Timbalan Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Timbalan Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Timbalan bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(sekurang-kurangnya seorang)
6.7 Setiap jawatan tidak diambilkira gendernya. Lelaki @ Wanita boleh terlantik/dilantik.
PERKARA 7 :TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
Fungsi Jawatankuasa KGK ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
7.1. Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa KGK dan mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat.
7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi
7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur
7.2 Timbalan Pengerusi
7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi
7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
7.3.2 Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK.
7.3.3 Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGK dan mesyuarat agung tahunan
7.3.4 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.
7.4 Timbalan Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas-tugas dan fungsi setiausaha.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa kesemasa.
7.5.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK
7.5.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.
7.5.4 Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.
7.5.5 Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.
7.6 Timbalan Bendahari
7.6.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas-tugas dan fungsi setiausaha.
7.6.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.8 Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERKARA 8 : KEWANGAN
8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran Rm 5.00 bagi setiap bulan
8.2 Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM 30.00 bagi setiap setengah tahun atau
RM 60.00 bagi setahun
8.3 Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan
8.4 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
8.5 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan kutipan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.6 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun yang akan disediakan oleh bendahari
8.7 Penyata kewangan akan di audit dan di edarkan semasa mesyuarat agung.
PERKARA 9 : KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung
9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab
9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa; melainkan mendapat persetujuan JK kelab.
PERKARA 10 :AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa KGK
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali Ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3
PERKARA 11: MEMBERHENTIKAN
11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau mengganggu ketenteraman Kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemecatan, dan akan dipertimbangkan oleh AJK KGK.
.
PERKARA 12 :PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahlijawatankuasa KGK semasa mesyuarat Agung tahunan
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KGK dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jikaperlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan olehpengerussi
PERKARA 13: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah tamat tempoh setahun.
13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat
13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut
13.3.1 Ucapan pengerusi
13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu
13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti
13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit
13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa KGK bagi tahun berkenaan
13.3.6 Ucapan penangguhan
13.3.7 Lain-lain hal
13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam jawatankuasa KGK serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan di buat seperti berikut:
13.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6.
Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong
13.4.2 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yanng ditandingi
13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan
13.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan :
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa KGK
(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurangdaripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya
.
13.6. Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.
13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat
PERKARA 14: KUOROM
14.1 Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut
14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli
14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa KGK hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa KGK
14.2.1 Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas , maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab; dan jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli, mengikut nasihat Penasihat Kelab.
PERKARA 15 : SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI
15.1 Bersara- Sumbangan untuk guru dan kakitangan yang bersara adalah berupa cenderahati bernilai RM200.00 .
15.2 Kematian saudara terdekat sahaja diberi sumbangan bernilai RM100.00 . Saudara terdekat dalam perkara ini ialah Ibubapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli. (Isteri pertama/anak-anak dari isteri pertama diambil kira jika melebihi seorang isteri)**.
15.3 Bertukar- Cenderahati bernilai RM60.00 Untuk ahli yang berkhidmat lebih dari 2 tahun dan lebih diberikan cenderahati bernilai RM100..
PERKARA 16: PEMBUBARAN KELAB
16.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa
16.2 Guru Besar(Penasihat) diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
(Fadzliah Bt. Abd. Razak) (Muhd Nazir Mustaffa)
Setiausaha KGK Pengerusi KGK
( Marcellinus J. Omar)
Guru Besar(Penasihat)
mnm/aku/kgk
IKLAN CIPTA LOGO KGK
PERHATIAN:
ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA
.
Kelab Guru dan Kakitangan(KGK) SK Bubul dalam proses penjenamaan semula. JK KGK berharap mendapat cadangan dari pihak ahli untuk:
a) Mencipta Logo Kelab Guru
dan Kakitangan, dan
b) Menamakan semula KGK
dengan nama baru
(jika ada)
Semua Logo dan nama baru untuk kelab harap dapat diserahkan kepada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau Setiausaha sebelum @ PADA 29 April 2011 atau ke email : kgskb@yahoo.com.my
Terima kasih.
Sumbangan dan Cadangan Anda Dihargai.
“KGK Mengeratkan Silaturrahim”
BIRO DAN AJK KGK SK BUBUL
BIRO / JAWATANKUASA KECIL
KELAB GURU
2011 / 2012
LAWATAN & KECERIAAN
KETUA:
KHAMIS B. MINTEK
PEN:
PAUZIAH BT. BIBI
AJK:
MAD RAMLAN B. MUHAMMAD
RASIDAH BT. HJ. ISPAL
HAJIJAH BT. MASSAL
MASRIA LARAWIKI
HAJIJAH BT. MOROBISTA
SAZARINA BT. EDIN
HAMIDAH BT. ABD HAMID
SUKAN & REKREASI
KETUA:
HAIRUL SALLEH B. OT SALLEH
PEN.
AZIZ JAAFAR B. LAJUNA
AJK:
ASBULLAH B. HJ. BOOL
HELDA ROBERT
TURIAH BT. MUKSAN
NOORBAHIYAH BT. OMAR
SYLVARINA BT. WADI
SUKAWATI @ SURIAH BT. SAHARUDDIN
NORZILA BT. ABU BAKAR
KEBAJIKAN
KETUA :
JALILAH BT. ABD RAHMAN
PEN:
HALIMAH BT. HASSAN
AJK:
ABD BASAD B. BARUHOK
ABD RAKIB B. ABD SALIM
ZURAINAH BT. KIAMSIN
AZMAHANI BT. ABDULLAH
HJH. MAIKAH BT. MATUNDAN
HJH SITI KASIAN BT. SULAIMAN
SAMBUTAN & PERAYAAN
KETUA:
NOOR HASSIMAH BT. ABD MUTTALIB
PEN:
SUHAIMI BT. SANIANSAH
AJK:
MOHD ALI B. BASARI
SITI KHADIZAH BT. SIRATAL
ROSS BT. MASSAL
KHAIRIZA BT. KAMARUDDIN
ARFAH BT. SAID
SUMIWATI TJINKIE
MARIAH BT. TAHAJUDDIN
AGAMA & DAKWAH
KETUA:
CHE MUHD SYAHRAM CHE NGAH
PEN:
WAN NAJIHAH ABD HADI
AJK:
MOHD AMINUDDIN HASSAN
KARIMAH IDALAH
HJH TALPAH BT. UBA
AMINAH BT. MOHD NASIR
NORISAH BT. ASANULLAH
HJH. NORSIAH BT. BASIRAN
INDANG BT. JAMALUL
KEBUDAYAAN
KETUA :
NORAISAH BT. KAHIL
PEN.
DAYANG FATIMAH BT. HAMBUG
AJK:
MUHAMMADIA B. AMIR HAMZAH
CHRYSLIN BT. ALISNIN
NORMALA BT. TUAH
RASMAH BT. ENDIM
HJH. TERPILEH BT. HJ. MANSOR
NURUL HUDA BT. MOHD ISA
NURIMAH BT. ABD RASAM
PENINGKATAN KERJAYA
KETUA:
ENRI B. SAEDI
PEN:
JUNAINI LAWAWIKI
AJK:
YUSOP B. KANAJAAN
SALBIAH BT. PILANDUK
JUMMATIAH BT. MINTEK
WILEVLIN MINSOR
ROSITA BT. RADUWIN
HAINUN BT. ABD MIJAN
HAJI ALI B. LAKIBOL
AJK KGK SK BUBUL, SEMPORNA.
JK KGK 2011/2012
SK BUBUL,
SEMPORNA, SABAH
PENASIHAT
GURU BESAR
MARCELLINUS J. OMAR
PENGERUSI
MUHD NAZIR MUSTAFFA
TIMB. PENGERUSI
JAMIL B. HJ. PIONG
S/USAHA
FADZLIAH BT. ABD RAZAK
TIMB. S/USAHA
FARHANAH BT. HJ. ABD NAPIS
BENDAHARI
HJH. BADRIAH HJ. ABD FATTAH
TIMB. BENDAHARI
MOHD SHARIFF ABD RAHMAN
MOHD KHAIRUDDIN
AJK / BIRO
LAWATAN DAN KECERIAAN
KHAIMS B. MINTEK PAUZIAH BT. BIBI
SUKAN DAN REKREASI
HAIRUL SALLEH B. OT SALLEH AZIZ JAAFAR B. LAJUNA
KEBAJIKAN
JALILAH ABD RAHMAN HALIMAH BT HASSAN
SAMBUTAN & PERAYAAN
NOOR HASSIMAH BT. ABD MUTALIB SUHAIMI BT SANIANSAH
AGAMA
CHE MUHD SYAHRAM B. CHE NGAH WAN NAJIHAH
KEBUDAYAAN
NORAISAH BT. ABD KAHIL DAYANG FATIMAH BT. HAMBUG
BIRO PENINGKATAN KERJAYA
ENRI B. SAEDI JUNAINI LARAWIKI
JURU AUDIT DALAMAN
DAHARI B. HJ. HARIRI INDANG BT. JAMALUL
Subscribe to:
Posts (Atom)