Monday 2 May 2011

DERAF PERLEMBAGAAN KELAB

PERKARA  1   :NAMA DAN ALAMAT 
  
a. Nama kelab            :Kelab Guru & Kakitangan
b. Alamat                     :Sekolah Kebangsaan Bubul, 91308 Semporna, Sabah.

PERKARA  2:  MATLAMAT 

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di sekolah  lebih kondusif dan produktif  

PERKARA  3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB

3.1       Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.

3.2       Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan

3.3       Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasanasosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan

3.4       Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif danproduktif    
 
  
PERKARA 4  : FUNGSI KELAB 

4.1       Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :
4.1.1  Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka
4.1.2  Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.

PERKARA  5 : KEAHLIAN 

5.1       Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Bubul.

5.2       Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik 

5.3       Guru Besar  merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat kelab, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.

5.4       Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,
5.4.1  Memohon untuk tidak menjadi ahli ( dengan persetujuan guru besar)
5.4.2   Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian
dengan nasihat Guru Besar.


PERKARA  6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1      Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai Jawatankuasa Tinggi KGK ,              “Jawatankuasa KGK”. Jawatankuasa KGK hendaklah dilantik oleh ahli-ahli kelab pada setiap mesyuarat agung tahunan .

6.2       Ahli Jawatankuasa KGK hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bubul, Semporna.

6.2       Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK manakala ahli yang tidak  dapat  hadir  tetapi  menulis surat  tunjuk  sebab  layak  dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa KGK 

6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. 

6.4       Ahli    Jawatankuasa    Kecil    boleh   dilantik   oleh  pengerusi  tanpa mengadakan mesyuarat. 

6.5       Ahli Jawatankuasa yang  hendak   meletakkan   jawatan   hendaklah menghantar surat  perletakan  jawatan          kepada  Pengerusi. 

6.6       Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:- 

6.6.1   Pengerusi 
6.6.2   Timbalan Pengerusi 
6.6.3   Setiausaha 
6.6.4   Timbalan  Setiausaha 
6.6.5   Bendahari 
6.6.6   Timbalan  bendahari 
6.6.7   Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan) 
6.6.8   Pemeriksa Kira-Kira(sekurang-kurangnya  seorang)   

6.7       Setiap jawatan tidak diambilkira gendernya. Lelaki @ Wanita boleh terlantik/dilantik.


PERKARA   7 :TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa KGK  ialah mengelola dan mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan

7.1.      Pengerusi
7.1.1   Mempengerusikan  semua  mesyuarat  Jawatankuasa KGK dan mesyuarat Agung Tahunan dan              bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2   Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang tempoh berkhidmat.
7.1.4   Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.
7.1.5  Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa-apa peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab.
7.1.6  Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi
7.1.7   Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna dan teratur    

7.2       Timbalan  Pengerusi
7.2.1   Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi pengerusi
7.2.2   Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

7.3       Setiausaha
7.3.1   Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.
7.3.2   Melaksanakan keputusan-keputusan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK.
7.3.3   Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa KGK dan mesyuarat agung tahunan
7.3.4   Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
7.3.5   Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab. 

7.4       Timbalan  Setiausaha
7.4.1   Membantu   setiausaha  dalam  menjalankan  segala tugas-tugas  dan fungsi setiausaha.
7.4.2   Menjalankan     tugas     setiausaha     sewaktu   ketiadaan setiausaha. 

7.5       Bendahari
7.5.1   Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal  kewangan kelab dengan menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa kesemasa.
7.5.2   Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat jawatankuasa KGK
7.5.3   Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen yang berkaitan.
7.5.4   Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari akaun kelab.
7.5.5  Menyediakan Laporan atau penyata Kewangan untuk di audit dan dibentangkan kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan. 

7.6       Timbalan Bendahari
7.6.1   Membantu   setiausaha  dalam  menjalankan  segala tugas-tugas  dan fungsi setiausaha.
7.6.2   Menjalankan     tugas     setiausaha     sewaktu   ketiadaan setiausaha. 

7.7       Ahli Jawatankuasa
7.7.1   Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2   Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.  

7.8       Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1   Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya. 
7.8.2   Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.   

PERKARA  8 : KEWANGAN 

8.1       Setiap ahli diwajibkan membayar yuran Rm 5.00 bagi setiap bulan

8.2       Setiap ahli juga boleh membayar yuran RM 30.00 bagi setiap setengah tahun atau
RM 60.00 bagi setahun

8.3       Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan

8.4       Persatuan   juga   boleh   memperolehi    kewangan melalui aktiviti.

8.5       Ahli-ahli     yang     bersetuju     menyertai     aktiviti     yang memerlukan perbelanjaan  besar  boleh dikenakan kutipan  khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.6       Semua pungutan/penyimpanan   boleh   dimasukkan ke  dalam   Akaun   yang akan disediakan oleh bendahari

8.7       Penyata kewangan akan di audit dan di edarkan semasa mesyuarat agung. 


PERKARA  9 : KEHADIRAN/PENYERTAAN 

9.1       Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung           

9.2       Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab

9.3       Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa; melainkan mendapat persetujuan JK kelab.
  

PERKARA  10 :AKTIVITI 

10.1    Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat ahli jawatankuasa KGK

10.2    Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
10.3    Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali Ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam  PERKARA 9 perenggan  9.3





 PERKARA     11: MEMBERHENTIKAN

11.1    Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau mengganggu ketenteraman Kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemecatan, dan akan dipertimbangkan oleh AJK  KGK.
.
  
PERKARA  12 :PINDAAN PERLEMBAGAAN 

12.1    Mana-mana   bahagian    dalam     perlembagaan   ini  sah sehingga  ia dipinda.

12.2    Cadangan  pindaan  perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli bersama ahlijawatankuasa KGK  semasa mesyuarat Agung tahunan

12.3    Satu  mesyuarat khas  yang  dihadiri  oleh Pengerusi dan  Ahli Jawatankuasa KGK  dan ahli  akan membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jikaperlu.

12.4    Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan olehpengerussi  


PERKARA 13:  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 

13.1    Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun setelah tamat tempoh setahun.

13.2    Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat

13.3    Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut
13.3.1 Ucapan pengerusi
13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu
13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti
13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit
13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa KGK bagi tahun berkenaan
13.3.6 Ucapan penangguhan
13.3.7 Lain-lain hal     
 
13.4    Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam jawatankuasa KGK serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan di buat seperti berikut:
13.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 6.
            Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan  penyokong
13.4.2 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yanng ditandingi
13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan

13.5    Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan :
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa KGK
(b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurangdaripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya
.
13.6.   Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.

13.7    Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat

  PERKARA 14: KUOROM 

14.1    Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut
14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli
14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa KGK hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan ahli jawatankuasa KGK
14.2.1  Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Khas , maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab; dan jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli, mengikut nasihat Penasihat Kelab.

PERKARA 15 : SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI

15.1         Bersara- Sumbangan untuk guru dan kakitangan yang bersara adalah berupa cenderahati bernilai RM200.00  .

15.2    Kematian saudara terdekat sahaja diberi sumbangan bernilai  RM100.00 . Saudara terdekat dalam perkara ini ialah Ibubapa kandung, isteri dan anak-anak kandung ahli. (Isteri pertama/anak-anak dari isteri pertama  diambil kira jika melebihi seorang isteri)**.

15.3    Bertukar- Cenderahati bernilai RM60.00  Untuk ahli yang berkhidmat lebih dari 2 tahun dan lebih diberikan cenderahati bernilai RM100..


PERKARA  16:  PEMBUBARAN KELAB

16.1    Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa
16.2    Guru Besar(Penasihat)  diberi  kuasa  untuk  membubarkan  kelab  jika didapati   melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 




                                                 
(Fadzliah Bt. Abd. Razak)                 (Muhd Nazir Mustaffa)                       
      Setiausaha KGK                           Pengerusi   KGK
                                                                                       



( Marcellinus J. Omar)
Guru Besar(Penasihat)









mnm/aku/kgk

6 comments:

  1. Ada jawatan kosong untuk sokongan

    ReplyDelete
  2. mohon kebenaran untuk copy dan edit. terima kasih

    ReplyDelete
  3. mohon kebenaran utk copy dan edit.tq

    ReplyDelete
  4. Jd adakah GB dan juga GPK mempunyai kuasa untuk menentukan aktiviti2 yg perlu dibuat dlm kelab staff? Atau pengerusi dan AJK terlibat yg menentukan?

    ReplyDelete
  5. Mohon kebenaran utk copy paste

    ReplyDelete
  6. Mohon kebensran untuk copy n edit..terima kasih.

    ReplyDelete