36 Pegawai Atasan Menerima Gaji RM35K – RM60K Sebulan, Setuju Pulangkan “Kenaikan”!
Kumpulan Premier (Pegawai Atasan Kakitangan Awam) bersetuju untuk pulangkan semula “kenaikan gaji” yang pernah diterima mereka pada 2 bulan pertama tahun ini iaitu bulan Januari dan Februari 2012 di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan baru-baru ini.
Durian Runtuh KSN & Kumpulan Premier Yang Lain
Kumpulan Premier hanya berjumlah 36 orang
- Gaji Ketua Setiausaha Negara (KSN) menerima kenaikan sehingga RM60,000 sebulan
- Premier 1 yang meletakkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di dalamnya
- Menerima bayaran-bayaran lain termasuk imbuhan tetap sebanyak RM9,300 sebulan
- Elaun perumahan RM3,750 sebulan
- Elaun pembantu rumah sebanyak RM2,000 sebulan
- Elaun kemudahan untuk perkhidmatan
- Elaun penanggungan kerja
- Bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu
- Elaun pakaian, air, letrik dan gas
Faedah Kumpulan Premier 2
- Menerima gaji RM42,000 sebulan
- Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200
- Elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan
- Elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan
- Menerima bayaran-bayaran elaun lain termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan
- Elaun penanggungan kerja
- Bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu
- Elaun pakaian, air, eletrik dan gas.
Faedah Kumpulan Premier 3
- Menerima gaji RM40,000 sebulan
- Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,100
- Elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan
- Elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan
- Menerima bayaran-bayaran elaun lain termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan
- Elaun penanggungan kerja
- Bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu
- Elaun pakaian, air, letrik dan gas
Faedah Kumpulan Premier 4
- Menerima gaji RM35,000 sebulan
- Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,000
- Elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan
- Elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan
- Menerima bayaran-bayaran elaun lain termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan
- Elaun penanggungan kerja
- Bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu
- Elaun pakaian, air, eletrik dan gas.
Faedah Gred Khas Utama
- Gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan
- Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan
- Gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan
Semua di atas adalah antara “durian runtuh” yang diterima mereka ketika SBPA mula dilaksanakan. Manakala laporan terkini melibatkan kemajuan penubuhan suruhanjaya bagi penambaikan SSM yang dijanjikan sebelum ini bakal diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada masa terdekat.
No comments:
Post a Comment