1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.
2. bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA
3. tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)
4. kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.
5. perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.
6. exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)
7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.
8. pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima
9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58
itu je yang aku dapat kongsikan. Soal buruk dan baik SBPA, cara bagaimana pelaksanaan aku tak tahu, elok merujuk kepada JPA untuk maklumat lanjut. Kalau ada sebarang salah maklumat diatas aku minta maaf dan harap dibetulkan.
KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.
SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.
“Mengikut maklumat yang diterima, kami difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan,” kata sumber itu.
Katanya, jika kakitangan yang memperoleh markah 70 peratus dan ke bawah juga boleh memilih untuk berhenti sendiri.
“Bermakna mereka ada pilihan untuk berhenti dalam tempoh tiga tahun jika merasakan tidak berupaya mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan,” katanya lagi.
Difahamkan kepimpinan kesatuan sekerja telah membantah pendekatan tersebut kepada JPA semasa satu taklimat baru-baru ini.
“Bagaimanapun JPA menenangkan dengan penjelasan bahawa anda semua kakitangan yang baik, tidak perlu risau dengan sistem ini,” katanya lagi.
JPA, difahamkan, ada memberi angka mengenai jumlah kakitangan yang berada dalam paras markah itu dan mahu menggunakan sistem baru ini untuk mewujudkan kakitangan berprestasi tinggi dan mengeluarkan mereka yang dikategorikan bermasalah.
“Oleh itu, mana-mana kakitangan yang menunjukkan prestasi baik akan menerima kenaikan gaji lapan hingga 15 peratus, tambahan kepada kenaikan tahunan biasa di bawah sistem gaji satu lapis... ini insentif tambahan,” kata sumber itu lagi.
JPA telah memberi taklimat mengenai pelaksanaan SBPA kepada jabatan-jabatan dan wakil kesatuan sekerja akhir bulan lalu.
The Malaysian Insider juga difahamkan JPA akan menyampaikan satu lagi sesi taklimat kepada jabatan-jabatan kerajaan hari ini dan seterusnya akan mengeluarkan pekeliling berkaitan.
Pelaksanaan dasar ‘exit policy’ kerajaan diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di mana beliau memperkenalkan SBPA bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Di bawah SBPA, JPA telah menggredkan semula jawatan-jawatan awam dengan menggunakan nama Premier, JUSA, Pengurusan Tinggi, Pengurusan dan Profesional, dan Pelaksana.
Ia juga melibatkan pembatalan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), yang akan berkuat kuasa seiring dengan SBPA mulai Januari ini.
Mac lalu, Najib berkata, satu kaedah ‘exit policy’ akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk kumpulan pengurusan tertinggi.
“Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem ‘pool’ yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.
“Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka,” katanya.



