Friday 9 March 2012

Kumpulan Premier Pulangkan Gaji SBPA Yang Diterima Sejak Januari 2012?

SATU
 
 
Kumpulan Premier SBPA Kumpulan Premier Pulangkan Gaji SBPA Yang Diterima Sejak Januari 2012?
Ya…mereka (Kumpulan Premier SBPA) dah dapat “merasa” dulu duit gaji SBPA sejak daripada 1 Januari 2012 yang lalu. Masing-masing sudah menerima habuannya terlebih dahulu berbanding kakitangan awam lain yang ketika itu masih lagi bergelut dengan isu penangguhan & semakan semula SBPA.
Dan ada sumber yang mengatakan, ada jabatan yang telah memberikan awal gaji SBPA untuk bulan 1,2. Itu semua dibuat berdasarkan budi bicara jabatan tersebut. Ini kerana ada jabatan yang berpendapat dan mengambil keputusan tersebut atas beberpa pertimbangan dan alasan:
  • Tidak kira ada semakan semula atau rombakan sekalipun, mereka merasakan mesti perubahan yang bakal dilakukan pada masa itu, hasilnya samada lebih tinggi atau paling tidak pun sama dengan SBPA
  • Itu jangkaan mereka. Tetapi….
  • Akhirnya, selepas batal SBPA, kumpulan Premier termasuklah JUSA ini tidak naik sebanyak SBPA seperti yang disangka-sangkakan. Begitu juga gred-gred bawah jabatan tersebut pun ada yang sudah menerima terlebih dahulu.
  • Itu sebablah mereka mahu pulangkan semula gaji SBPA tersebut


Dan, sumber itu juga yang mengatakan sebahagian daripada 36 pegawai tinggi kerajaan dari Kumpulan Premier itu telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah untuk memulangkan semula semua gaji SBPA kepada kerajaan.
Ada kalangan daripada kumpulan premier yang sudah menerima 2 kali gaji SBPA sejak mereka bersetuju dan menurunkan tandangan pada Disember 2011.
Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka akan membuat keputusan dalam mesyuarat minggu hadapan yang bakal dihadiri wakil-wakil dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaanterhadap terdapat persoalan melibatkan kumpulan ini :
  • penjawat awam dan pesara yang sudah memperolehi bayaran gaji dan pencen mengikut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
  • mencari mekanisme yang bersesuaian untuk menyelesaikannya

Tuntutan Terbaru Cuepacs

  1. CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan kakitangan awam sekarang
  2. Penambahbaikan termasuk hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat. Ini kerana, selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula
  3. CUEPACS juga memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.

DUA

Angkat imej perkhidmatan awam



TENGAH hari selepas pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan Khamis lalu, saya berkesempatan bersembang dengan tiga orang penjawat awam. Riak wajah mereka ceria. Rancak bertukar cerita sesekali disulami gurauan. Kata mereka, peniaga tentunya kumpulan paling gembira. Naik gaji maknanya ada peluang naikkan harga barang. Naik gaji ertinya kuasa membeli kalangan 1.4 juta penjawat awam bertambah. Luahan kata hati mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa kenaikan 13 peratus itu adalah milik peniaga di luar sana. Di akhir perbualan, kami menyimpulkan tajuk perbualan - SBPA, baru bermula sudah berakhir.
SBPA memang sempat bermula. Perjalanan pelaksanaannya amat pantas. Akhir Januari lalu, kumpulan yang memilih SBPA telah pun dibayar gaji baru. Ketika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membuat bantahan, sebahagian peruntukan kewangan telah pun berlegar kepada para penerimanya. Apabila SBPA dibatalkan, tentunya timbul persoalan perlukah ia dikembalikan. Penerima premier berjanji untuk memulangkan hak sementara itu. Khabarnya mereka sendiri terkejut melihat perubahan gaji yang amat ketara jumlahnya itu dan tidak keberatan mengembalikan kepada kerajaan lantaran memahami kedudukan kewangan negara. 



TIGA

480,000 guru bakal nikmati pelarasan gaji, kenaikan pangkat


2012/03/10

KULAIJAYA: Seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara 'time based' yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, di sini, pagi ini.
Muhyiddin berharap JPA dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri).

"Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat," katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.
Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Muhyiddin juga berkata apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan.


No comments:

Post a Comment