Friday 5 July 2013

MAJLIS PERPISAHAN

Tarikh  : 4 Julai 2013
Hari     : Khamis
Tempat: Bilik Gerakan.

Majlis ini diadakan sempena pertukaran dua orang guru iaitu Cikgu Wilevlin dan Ustaz Mohd Sharif yang akan kembali ke daerah/negeri masing-masing
Cikgu Wilevlin akan pulang ke Tambunan manakala Ustaz Mohd Sharif akan kembali ke negeri kesayangannya, Pahang.

Majlis juga meraikan dua orang lagi guru yang telah bertukar iaitu Hjh. Nuriah Hj. Sanani, yang bertukar ke SK Kabogan, dan Cikgu Ali yang ke Beaufort. Malangnya kedua-dua orang guru ini tidak dapat hadir.

Majlis sebelum ini telah meraikan juga pertukaran Ustaz Aminuddin ke Perak pada bulan Mei dahulu.

Kepada mereka, selamat bertugas di tempat baru. Semoga lebih berjaya dan berbahagia.

Foto-foto sekitar majlis.

 
 
 



 
 
 
 

No comments:

Post a Comment